
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah 
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui 
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat 
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. 
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka 
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu 
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. 
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam 
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan 
pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang 
pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah 
kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita 
tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang. 
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang 
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai 
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi 
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma 
mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk 
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia 
mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. 
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. 
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang 
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman 
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda 
tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda 
teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi 
anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, 
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda 
inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk 
melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. 
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri 
anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan 
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang 
cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam 
kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia 
mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak 
semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat 
yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup 
mereka. 
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, 
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka 
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup 
mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir 
dengan tangisan. 
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang 
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna 
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. 
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda 
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, 
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan 
menangis.

